Sabtu, 16 Ogos 2008

bertaqwalah

Assalam mualaikum wrt

Taqwa, adalah sesuatu yang tidak dapat di perolehi dengan cara mudah, ianya suatu perasaan yang timbul dari rasa takut kepada Allah pada perkara-perkara yang dimurkaiNya dan suka mengamalkan amalan yang disukaiNya. Ianya lahir daripada iman yang datangnya dari ihsan. seseorang yang bertaqwa akan dapat merasa nikmatnya beramal, ia seolah-olah tergambar bahawa, Allah yang disembahnya berada betul-betul disisinya, dapat mendengar setiap lintasan hatinya dan dapat memahami apa yang dikehendakinya. seseorang yang bertaqwa akan merasakan kehidupannya menjadi senang, tenang, dan mudah segala urusannya di dunia ini sebab dia ada mempunyai hubungan yang baik dan akrab dengan Allah, dan kalau Allah yang membantu segala urusan tidak ada apa yang akan kita rasa susah didunia ini. walaupun segala makhluk di dunia ini mahukan kebinasaan kita, tapi Allah tidak merestuinya maka perkara itu tidak akan berlaku, tapi kalau segala makhluk kat dunia ini mahu memuliakan kita,tapi Allah tidak, maka tidak ada suatu kemuliaan pun kita akan perolehi.

ingatlah wahai insan, kamu didunia ini bukanlah untuk berseronok-seronok tapi kamu ada satu tugas yang berat, iaitu menyampaikan kebenaran dan mengamalkannya.


Kualiti Solat

Ada satu kisah zaman nabi yang dapat di kongsi bersama untuk meningkatkan mutu solat kita.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي سَعِيدُ بْنُ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَدَخَلَ رَجُلٌ فَصَلَّى فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَدَّ وَقَالَ ارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ

تُصَلِّ فَرَجَعَ يُصَلِّي كَمَا صَلَّى ثُمَّ جَاءَ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ ارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ ثَلَاثًا فَقَالَ وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ

مَا أُحْسِنُ غَيْرَهُ فَعَلِّمْنِي فَقَالَ إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلَاةِ فَكَبِّرْ ثُمَّ اقْرَأْ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنْ الْقُرْآنِ ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَعْدِلَ قَائِمًا

ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ جَالِسًا وَافْعَلْ ذَلِكَ فِي صَلَاتِكَ كُلِّهَا


hadis soheh riwayat bukhari muslim.

satu ketika datang seorang lelaki dimasjid nabi saw, kemudian dia solat dan setelah selesai dia datang kepada nabi saw, dan mengucapkan salam, nabi saw menjawab salamnya dan berkata "irjik fa solli fainnaka lam tusolli" maksudnya (keluar semula kemudian solat, sesungguhnya kamu belom bersolat). sampai 3 kali dia keluar masuk dan solat, dan setelah selesai solat kali ke3 dia datang pada nabi saw, dan berkata "faallimni" (ya rasullullah ajarlah aku) maka nabi saw pun ajarlah cara yang betul. iaitu dengan tomakninah yang sempurna dan berhenti disetiap rukun.

dan disini ada beberapa pelajaran yang kita boleh ambil yang pertama, lelaki tadi tidak berputus asa untuk melakukan solat yang terbaik walaupun telah ditegur sampai 3 kali, tapi masih tetap mahu mempelajari cara solat yang betul, bagaimana dengan kita pulak? yang kedua dari segi hukum fikh berdasarkan hadis di atas, tidak perlu qadak solat yang kita jahil tentangnya, sehinggalah kita mempelajarinya dengan betul, dan selepas itu kalau kita masih mengamalkan cara solat yang tidak betul, baru kena qadak.

waAllahhu a'lam.

semoga Allah memberi kita taufik dan hudayahNya untuk mempelajari cara solat nabi saw dengan berdasarkan hadis2 yang soheh, dan semoga Allah memelihara kita anak cucu cicit kita dan seluruh kaum muslimin dan muslimat dari tipu daya syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan anak adam dan semoga Allah tempatkan kita dikalangan orang2 yang sentiasa mencari keredhaanNya.
wasollaAllahhu a'la muhammad waa'la ali muhammad walhamdulillahhi rabbil a'lamin.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, Shah

Apa yang dinukilkan adalah kebenaran belaka. orang yang bertaqwa tidak akan melakukan perkara tidak baik walau pun berpeluang. Taqwa itu membuatkan kita membentengkan diri daripada melakukan yang tidak baik.- Kak Ila

Unknown berkata...

Salam,apa khabar,saya dah kembali ke blog,minta maaf menyepi lama,lama saya tak tulis di ruang komen ini.hu3o...terima kasih...