Isnin, 19 Julai 2010

gambar2 terbaru selepas 2 bulan abdul rahman dan gambar konvokesyen di hotel al-haram madinah munawwarah

Selasa, 15 Jun 2010

di bukit magnet bersama abdul rahman buat pertama kalinya
baba dan mak di bukit magnet time wat umrah datang sendiri
bergambar di kawasan masjid di bukit magnet berramai-ramai
bekas peniaga kacip fatimah tahun 60an sebelom berhijrah ke malaysia
berdoa dengan khusyuk di dalam raudhah untuk keampunan dosa dan harapan untuk masuk syurga Allah.

Sabtu, 5 Jun 2010

FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa

Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.

Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.

Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.

Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.

Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.

Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.

Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.

Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.

Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.


pautan asal catatan ini http://abuumair1.wordpress.com/2010/03/04/facebook-photos-tagging-yang-mengundang-dosa/#more-2486

Jumaat, 4 Jun 2010

Abdul Rahman ketika umur sebulan.
Bertemu keluarga Haji Arshad dan cucunya di hotel Bahaudin Madinah Munawwarah

Jumaat, 21 Mei 2010


anak jemaah dari paris abang imran, namanya iman baru 6 bulan, tapi sihat masyaAllah subhaanAllah.
abdul rahman sedang senyak tidur selepas mandi dan di bedung.
abu abdul rahman memegang abdul rahman sambil perposing.
aahh ni macam tidur sodap dah...
erm... wanginya anak walid ni...

Rabu, 19 Mei 2010

abdul rahman sedang berjemur di depan bangunan kami. sonyap jo dia ni.. bagui lah.
gambar paling sayu, tido ketika mandi... malam berjaga...

Jumaat, 14 Mei 2010

hari ke 7 abdul rahman di botakkan oleh umi dia, senyap jer tak menangis pon, sejam setengah umi dia cukurkan dia.
abdul rahman selesa selepas di cukur.
abdul rahman tengah senyum umi dia ambil gambar.
abdul rahman sedang berjemur sebab ada kuning sikit, semoga Allah menyembuhkan penyakit abdul rahman segera, begitu juga baby2 yang sebaya dengan abdul rahman, amin yarabbal alamin.
tengah jemur jugak
dalam katil abdul rahman cahaya tak berapa nak masuk, gambar pun tak jelas sangat.
waktu di hospital lagi, hari kedua.

Sabtu, 8 Mei 2010

gambar selepas konvo di Universiti Islam Madinah.
Abdul Rahman sedang di pangku walidnya hari kedua di hospital Ad Dar Madinah Munawwarah Saudi Arabia.
Abdul Rahman selepas di keluarkan, macam Abang Aie dia lah waktu kecil2.

Khamis, 29 April 2010


gambar baby terbaru rabu minggu lepas, tengah senyum tu. alhamdulillah sihat in sya Allah.
gambar scan baby terbaru minggu lepas, waktu ni kepala baby masih kat atas lagi, dr kata mungkin kena bedah, semoga Allah mudahkan segala urusan amin yarabbal a'lamin.

di yanbu' air gatal dah, masin sangat sangat kot.
gambar di hotel madinah tahun ini 2010.

Khamis, 19 November 2009

Hari Yang Menggembirakan

Bismillah hirrahmaan nirrahim

Hari ini adalah hari yang menggembirakan juga sebab dapat tengok baby bergerak-gerak dalam perut. Ni adalah anak sulung kami. Semoga Allah menjadikan dia anak yang soleh dan solehah dan salah seorang ahli Syurga Firdaus, amin yarabbal a'lamin.


Okey, yang ini pulak gambar yang kedua yang diambil di Hospital Ar-Rahmah Madinah Al-Munawwarah Saudi Arabia. Clear sikit, alhamdulillah. Baru lepas melompat. Lagi tengok, lagi dia lompat. Erm...

Ni pulak gambar ketiga yang diambil pada jam 0940 pagi di hospital yang sama, semoga Allah sihatkan tubuh badan dia dan menjadikan dia anak yang mempunyai IQ yang tinggi, dan sempurna fizikal mentel. Amin yarabbal a'lamin.




Okey, yang ini pulak video baby ketika discan, bukan main lagi dia melompat-lompat dan isap jari, sedap agaknya dapat minum Air Zam-zam.

Jumaat, 25 September 2009

Panduan Mencari Nama Anak

Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.

Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.

Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.

Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:

1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.

2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.

3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.

4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.

5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.

6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.

7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.

8)Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.

9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.

Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.

Sekian.

Rujukan:- Tasmiyah al-Maulud.

Selasa, 15 September 2009

Hari Paling Bersejarah

Bismillah hirrahmaan nirrahim

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Allah yang menghidupkan dan mematikan, Allah yang memberi rezeki dan menentukan segala sesuatu mengikut kemahuanNya.

Alhamdulillah, dan syukur kehadrat Allah s.w.t yang telah menentukan sesuatu yang Paling Bersejarah dalam hidup ini, dan yang tidak akan dilupai sampai bila-bila, insyaAllah.

Iaitu pada hari semalam pertepatan dengan 14 September 2009 bersamaan 24 Ramadhan 1430 hari isnin, kami mendapati sesuatu yang menggembirakan pada Pregnancy Test, iaitu ianya positive, itulah gambarnya di sebelah, alhamdulillah dan bersyukur kehadrat Allah s.w.t yang memberikan khabar gembira ini.

Syukur kepadaMu ya Allah, hanya Kaulah yang selayaknya disembah, tidak ada tuhan yang selayaknya disembah melainkan Kau ya Allah. Ya Allah peliharalah zuriat kami dari mensyirikkan Kau dengan sesuatu, jadikanlah dia seorang yang soleh atau solehah, hafiz atau hafizah, a'lim atau a'limah, orang yang taat perintah Kau dan menjauhi larangan Kau, oh Allah, peliharalah zuriat kami ini dari sebarang penyakit yang biasa dan tidak biasa tertimpa kepada bayi dan orang biasa, sihatkanlah tubuh badannya, panjangkanlah akalnya jadikanlah dia baby yang baik, yang tidak banyak meragam dan sentiasa menyenangkan hati kedua orang tuanya, dan tempatkanlah dia di dalam syurgaMu ya Allah, iaitu Syurga Firdaus. Amin yarabbal a'lamin.

Jumaat, 20 Februari 2009

Selasa, 10 Februari 2009

gambar shah dan kawan

shah bersama kawan sekelas berketurunan arab saudi madinah, waktu ni, kami sedang mendengar taklimat daripada seorang syaikh yang menjaga bahagian haia'h (amal makruf nahi munkar) di bukit uhud. banyak khurafat yang berlaku di bukit uhud ini, antaranya, mencampakkan gigi di makam shuhadak uhud, untuk takarrub. yang mana orang itu sanggup membayar ribuan rial untuk mencabut giginya. ada yang mencampakkan surat, untuk takarrub juga, meminta-minta pada ahli syuhadak uhud hajat mereka, nauzubillahhi min zalik. syirik tu. memintak sesuatu selain dari pada Allah.

Isnin, 9 Februari 2009

album family

babah dan pak ude sedang makan di rumah shah di madinah tingkat 2
mak sedang bersembang dengan babah dan tetamu yang datang berjunjung
awa dan mak baru selesai solat duha di masjid quba'
shah sedang memerhatikan camera yang mengambil gambarnya
inilah kawan-kawan rapat mak sewaktu di makah al-mukarramah
babah sedang tekun mendengar penjelasan tentang peperangan uhud daripada shah di makam shuhada' uhud

kawan-kawan sebilik mak ketika mereka berjunjung ke rumah shah di madinah
pak ude, shah dan babah sedang menziarahi kawasan peperangan uhud di madinah al-munawwarah
babah dan pak ude baru selesai menunaikan solat duha di masjid quba' dan baru lepas beli penutup telinga, agar tidak sejuk ketika terkena tiupan angin
di pintu depan madrasah awa, ketika ini waktu cuti hujung minggu iaitu khamis dan jumaat
awa dan mak sedang sarapan di tepi kereta dawoo lanos tahun 99 beli murah jer sr8000. di hadikah uhud (taman uhud)

babah dan pak ude sedang berposing di bawah pokok kurma di hadikah uhud
mak dan babah pulak nak berposing
salah satu jalan di hadikah uhud yang kami daki
mak dan babah berposing di hadikah uhud bahagian atasnya
mak babah pak ude shah sedang bersantai di hadikah uhud
mak babah dan shah dok di tepi lereng hadikah uhud
babah dan pak ude berposing di atas hadikah uhud
babah dan mak pulak nak berposing
shah mak babah pak ude di hadikah uhud
babah dan pak ude serta mak di ladang unta madinah

mak babah pak ude sedang bersantai di ladang unta belakang bukit uhud madinah
kami di masjid qiblatain madinah
di pintu masuk restoran china madinah al-munawwarah
baru lepas melontar hari ke 12, kami buat nafar awal
di pasar ikan madinah al-munawwarah. terdapat pelbagai jenis ikan di sini, antaranya kembung, pede, cencaru, selar, tongkol dan macam-macam lagi, ada yang tak tahu namanya pun lagi banyak. selain tu udang, sotong, ketam pun ada. harganya taklah mahal sangat, macam kembung, bawal, selar (ikan-ikan yang saya selalu belilah), dalam sr5-7 sekilo, kalau udang dan sotong pulak dalam sr15-17 sekilo, ikan todak pun ada. dan kalau nak makan ikan yang besar-besar dan banyak kena datang awal dan tunggu orang lelong ikan, time ni, nasib-nasiblah kalau tak ada org lawan harga dapatlah murah, kalau tak mahallah jawabannya. tapi kalau mahal-mahal pun taklah sampai tahap mahal macam nak beli di kedai-kedai yg tak buat lelong, sebabnya orang yang beli dari lelongan tu, dia sendirilah yang jual di kedai-kedai itu selepas waktu lelongan. jadi kena lawan harga dengan dialah. erm... begitulah kehidupan di saudi ni, semuanya lelong. macam malaysia zaman p.ramlee lah...
babah dan pak ude di depan masjid nabawi
depan masjid tanaim untuk melakukan umrah wajib bagi babah, pak ude dan shah sebab buat haji ifrad, manakala mak pulak buat haji tamatuk, so dia buat umrah sunatlah.
perjalanan ke hotel abang azian, dari hotel kami. (dari sevilla barakat ke janadiriah hotel yang menempatkan pejabat tabung haji yang terbesar di makkah, sebelum ni di hotel habibah di bukit ajyad) jauhnya lebih kurang 45 minit perjalanan kaki. dalam perjalanan tu kami melaluilah hotel hilton yang mak, babah, abang ghani, kak ros, daniel, mikail, dok time mereka datang umrah dulu, istana raja, maulud nabi saw, masjid kucing dan atas serta dalam lagi daripada seberang masjid kucing tu barulah jumpa dengan hotel mereka. alhamdulillah berjumpalah mak, babah, pak ude dgn orang kampungnya masing-masing.

gambar ini diambil di rumah shah di madinah, waktu mak, babah, mak eton, abah, abang zali, kak nini, datang umrah jun 2008. rumah ni asalnya 10 ribu, tawar punya tawar dapatlah 8ribu setiap tahun, dan tinggallah kami di sini selama 3 tahun, selepas tuan rumah naikkan harga sebanya 12 ribu kami pun pindah tingkat 2, bangunan yang sama. faham-faham sajerlah pindah rumah.
mak eton melunjur sebab kaki dia sakit, semoga Allah menyembuhkan sakit dia, dan yang paling ajaibnya, walaupun dalam keadaan sakit-sakit macam tu, setiap hari time dia duduk di makkah buat umrah sebanyak 5 kali, masyaAllah! masyaAllah!. maha suci Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang yang memberi makhluknya kekuatan untuk melakukan ibadat kepadaNya.