Selasa, 15 September 2009

Hari Paling Bersejarah

Bismillah hirrahmaan nirrahim

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Allah yang menghidupkan dan mematikan, Allah yang memberi rezeki dan menentukan segala sesuatu mengikut kemahuanNya.

Alhamdulillah, dan syukur kehadrat Allah s.w.t yang telah menentukan sesuatu yang Paling Bersejarah dalam hidup ini, dan yang tidak akan dilupai sampai bila-bila, insyaAllah.

Iaitu pada hari semalam pertepatan dengan 14 September 2009 bersamaan 24 Ramadhan 1430 hari isnin, kami mendapati sesuatu yang menggembirakan pada Pregnancy Test, iaitu ianya positive, itulah gambarnya di sebelah, alhamdulillah dan bersyukur kehadrat Allah s.w.t yang memberikan khabar gembira ini.

Syukur kepadaMu ya Allah, hanya Kaulah yang selayaknya disembah, tidak ada tuhan yang selayaknya disembah melainkan Kau ya Allah. Ya Allah peliharalah zuriat kami dari mensyirikkan Kau dengan sesuatu, jadikanlah dia seorang yang soleh atau solehah, hafiz atau hafizah, a'lim atau a'limah, orang yang taat perintah Kau dan menjauhi larangan Kau, oh Allah, peliharalah zuriat kami ini dari sebarang penyakit yang biasa dan tidak biasa tertimpa kepada bayi dan orang biasa, sihatkanlah tubuh badannya, panjangkanlah akalnya jadikanlah dia baby yang baik, yang tidak banyak meragam dan sentiasa menyenangkan hati kedua orang tuanya, dan tempatkanlah dia di dalam syurgaMu ya Allah, iaitu Syurga Firdaus. Amin yarabbal a'lamin.

Tiada ulasan: